Tuesday, 14 February 2017

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)



Hi! lama da pergi Singapore. Saja saja je nak throwback aktiviti masa haritu kat Singapore. last trip haritu memang puas hati. Ini kali ke dua la senang citer ke Singapore. Kali ni puas hati sebab dapat main semua coaster. expecially yang Cyclone. Hahaha! Saya memang hantu Theme Park! orang kata nak maintain muda kita kena enjoy life macam budak budak walaupun umur semakin mentua tapi jiwa sentiasa muda! hahahaha.

Nak tahu apa boleh buat kat sana? tak payah fikir banyak! mestilah tempat wajib pergi USS. Masuk sana 1 hari pun rasa tak cukup. Tapi tu la setiap kali nak naik apa apa roller coaster, make sure korang tinggalkan semua barang termasuk syiling dalam pocket tinggalkan di dalam locker k. Kalau tak, korang tak lepas nak masuk naik roller coster. haritu kitaorg terpaksa tinggalkan syiling dollar kt pokok yang ada rumput. hahaha! so tak de la orang perasaan dollar kita tu. Duit dollar tu je boleh beli air tau! Biasa la SG Dollar tinggi dah sekarang!



 So ini je la gambar yang ada masa kat USS tu. Tak ambil banyak gambar pulak sbb sibuk la nak naik roller coaster itu hari.


Fuhyoooo! memang gila la dapat makanan ni. kalau datang singapore lagi tempat ni la wajib kitaorg pergi lagi! sedap makanan kat sini. Owner orang Malaysia. Makanan Chinese style mamang famous kat sini.






Dah puas main puas penat, kita masuk zouk singapore plak! hehehehe. bukan berclubbing! tapi kat sini banyak jual sneakers cantik cantikkk! hehehe. best la dapat experiance  masuk Zouk, Singapore. Memang sebijik dalam mcm tempat tempat clubbing. Tapi macam macam jenis kasut ada dijual. Contohnya brand terkenal Adidas, Nike, Puma, New Balance macam macam lagi jenis kasut lah! rambang mata nak pilih kasut kat sini. Kalau ada lagi confirm nak pergi tengok! bila la Malaysia nak buat event macam ni juga! hehehehehe

No comments:

Post a Comment

EUROPE TRIP (PARIS,FRANCE - NAPOLI,ITALY - ROME,ITALY - LONDON,ENGLAND)

Itinerary Europe Trip 1st Day - 8 Sept 2018 (KUL - Abu Dhabi) 4pm -Bertolak dari Meru - KL Sentral - Transit Train - KLIA 6.30pm ...