Alhamdulilah semuanya selesai! majlis kahwin dua belah pihak selesai. Kami pun plan dari Kedah untuk terus masuk ke Thailand, Koh Lipe.Mula mula saya dan rakan plan untuk ke Koh Lipe.Lepastu, adik beradik pun sekali nak join trip kami ni. Jadi kami ada 2 group untuk ke Koh Lipe. Macam mana kami ke sana? kebetulan Majlis abang ipar di Alor Star, Kedah. Kami dari Kuala Kedah pergi masuk ke Langkawi naik ferry. Masa dari Kuala Kedah ke Langkawi lebih kurang 1 1/2 hingga 2 jam.
LANGKAWI - KOH LIPE
Kami singgah di Jetty Kuah, untuk Lunch sebab dah lapar wei! ni real view kat Langkawi.
check in kat sini Jetty Kuah.
siap siap tulis departure and arrival form, sekali dgn passport kita pass pada officer sini.
nah rujukan korang mana nak pergi Koh Lipe tu boleh la refer. tak silap saya akan ada 1 boat je yang masuk ke Koh Lipe.
Terminal Langkawi - Koh Lipe, Thailand
Pelepasan macam naik flight. hihi! naik ferry untuk masuk ke Thailand
Kawan kawan saya excited untuk gerak naik ferry ke Koh Lipe
Ini la 200 baht yang perlu dibayar semasa masuk ke Koh Lipe, ala contohnya macam kena bayar cukai. Tiket ni untuk permission National Marine Park. Kalau nak snorkeling mesti dia tanya dah beli ke belum ticket ni sbab diaorg akan check ada ke tak ticket ni untuk diaorg benarkan kitaorg buat aktiviti snorkeling dan sebagainya.
sampai je bukan direct, kita kena naik boat kecil. Long tail boat untuk masuk ke Koh Lipe cop di Immigration Office ni. Long tail boat yang bawa kami ke sini free dah include Permission Nation Marine Park tu. Dah settle kami pun terus check in ke resort. Memandangkan family saya pun ada. kakak pulak baik hati sponsor saya dan rakan rakan di resort yang sama mereka duduk! hihi. kawan kawan pun suka la syok kita dapat free penginapan kat sini! hihih
BUNDAHAYA RESORT
Haaaa! ini penginapan kami FOC. Hihi. Korang boleh survey lagi penginapan yang murah murah! perancangan kita untuk stay dorm je kat A plus Hotel. Tapi rezeki ada orang sponsor kan! hihi! sampai je kami cari adalah traveler adapter ni korang jangan lupa! sim card pun penting! kami share bertiga je.
view depan swimming pool! hihi
Haaa nah! ni paling senang! saya akan attach gambar dan sedikit penjelasan bawah gambar jela eh nanti! hehehe.
BUDGET KOH LIPE
ISLAND, THAILAND
TARIKH : 19 HB – 21
HB FEB 2017 (3H / 2M)
PENGINAPAN : BUNDAHAYA
RESORT (BOLEH CHECK KAT WEBSITE BOOKING.COM & AGODA)
NOT INCLUDED (3
DAYS 2 NIGHTS)
RM 46 / PERSON (2 WAY TICKET KUALA KEDAH –
LANGKAWI)
RM 190 / PERSON (2 WAY TICKET LANGKAWI – KOH
LIPE)
RM117 / PERSON (MINYAK / TOLL – MERU, KLG –
ALOR STAR, KEDAH)
TOTAL RM 353
100 BAHT/ PERSON (HAPPY TOURIST SIM CARD) TOTAL : 300 BAHT
450 BAHT/ PERSON (PACKAGE
TRIP INCLUDED SNORKELING + HIKING KOH ANDANG)
460 BAHT/ PERSON (MAKAN
BESAR : KHONLAY RESTAURANT, WALKING STREET)
TOTAL : 1380 BAHT
1000 BAHT (TRY
LOCAL FOOD & SOURVINER)
400 BAHT (THAI
MASSAGE)
200 BAHT (NATIONAL
PERMISSION MARINE PARK)
TOTAL 2610 BAHT, AKU
SUGGEST TUKAR JE 2680 BAHT DALAM RM340
ITINERARY
19HB FEB 2017
8.40AM – 9.30AM –
GERAK DARI KUALA KEDAH JETTY KE LANGKAWI (JAM)
9.30 AM-
11.30 AM – GERAK (LANGKAWI – KOH LIPE : 9.00 AM)
4.30 PM – 5.30 PM –
SAMPAI KOH LIPE IMMEGRATION CHECK & CHECK IN HOTEL SOLAT
5.30 PM –
10 PM – JALAN JALAN AREA KOH LIPE USHA PACKAGE
SNORKELING N HIKING KOH ANDANG
(KAMI TERUS BOOKING AND CONFIRM MALAM TERUS BELI SBB PACKAGE YANG KAMI DPT
SANGAT MURAH JOIN DGN GROUP LAIN SERAMAI 12 ORG)
5.30 PM –
10 PM – JALAN JALAN MALAM WALKING STREET BELI
SOUVINER DLL / TIDO / REHAT
20 HB FEB 2017
10 AM – 4.00 PM – PACKAGE DARI DAYA TRAVEL,WALKING STREET
(SNORKELING + HIKING, KOH ANDANG)
4.00 PM – 7.00 PM –
REHAT SOLAT MANDI
7.00 PM –
12.00 AM – DINNER
MALAM TRY LOCAL FOOD, BELI SEDIKIT SOURVINER UNTUK HABISKAN THAI BAHT DAN THAI
MASSAGE TU WAJIB! HAHA
21 HB FEB 2017
7.30 AM – 8 AM – BREAKFAST & CHECK OUT FROM HOTEL &
COP IMIGRATION
11.00 AM – BOAT
KEKOH LIPE - LANGKAWI DAN SAMPAI KE LANGKAWI 2.30PTG WAKTU MALAYSIA
2.30 PTG –
JALAN JALAN BELI COKLAT DAN TUNGGU FERRY KE KUALA KEDAH JAM 4 PTG
LOCAL FOOD
FRIED ICE CREAM
– 100 BAHT
COCONUT ICE CREAM
– 10 BAHT
FRUIT MANGGO SHAKE
– 60 BAHT
BANANA PANCAKE
– 85 BAHT
COCONUT PULUT –
10 BAHT
Coconut ice cream
Mango fruit shake
Beli benda alah ni ada plak pakcik tua nyanyi berbunyi coconut ten baht ten baht nut coco hahaah!
1)Main point tempat shopping : Walking street je haaa!
Taxi kat Koh Lipe 50 baht
2) Koh Yang - tempat ni kitaorg snorkeling je. Ombak kuat and nampak ikan sikit je. korang jangan lupa ye bawak roti ke apa untuk korang umpan ikan kat sana! hahahaha. kitaorg tak bawak roti ikan tak mau dekat! sedihhhhh wooooo! hahahaha
3) Hin- Ngam - Black Stone. Tempat sini cantik. Masa naik jangan lupa seliper ye. panas bak hang! korang boleh tuan bertunggu sekali kat sini! hahahaha. batu panas kot tengahari kitaorg pergi.
4) Rawi
Kami ambil package di sini. Abang Mahathir yang tolong kami dan kasi murah untuk 1 boat full kita kita saje! so kalau jalan jalan sana jumpa orang Malaysia boleh la sekali dgn mereka untuk package pakat untuk dapat harga murah! masa kami ke sini memang tak jumpa org melayu, Malaysia. Rasa nya kami je yang malay dari Malaysia.
Island of Maldives katanya! memang memukau la pemandangan kat sini! nak gambar banyak lagi ke? kalau tak muntah! hehehe
dinner besar kami kat sini 3 orang! Khonlay Thaifood Restaurant.
sini je jumpa lagi next trip kami!!! hehehehe. bye bye assalammualaikum
jumoa next trip saya! hehehe
Hai Sis. Nak tanya, sekali makan dinner berapa harga
ReplyDelete