Friday 31 March 2017

MENGAPA??




sumber gambar google

Mengapa? Mengapa ? "Entah mengapa kita selalu bertangguh untuk mengerjakan sesuatu yang nyata-nyata sangat baik untuk diri kita di dunia dan di akhirat, dan sebaliknya kita selalu bersegera melakukan hal-hal seperti membangun kebencian, prasangka, mengherdik, berbantah-bantahan, dan lain-lain yang itu semua sesungguhnya menyakiti diri kita sendiri dan membuat kita menderita di dunia dan akhirat. Astaghfirullah (14/5/2015)


be happy senyum senyum selalu sentiasa melakukan yang terbaik dalam hidup ini sebab kehidupan ini hanya la drama semata mata. akhirat yang kekal abadi... tak perlu stress stress dan cuba untuk menyelesaikan masalah yang ada dan selebihnya mohon kepada Allah, tawakal serta redha.

Itu sahaja dari saya, Assalammualaikum sahabat blogger.

Tuesday 28 March 2017

SABUN AJAIB untuk KANAK KANAK DAN DEWASA MARINE ESSENCE



Assalammualaikum Salam 1 Rejab. Semoga harini lebih baik dari semalam. Masa berlalu pantas dan tak lama lagi nak masuk bulan ramadhan.

Harini aku nak sharing apa yang best untuk produk kecantikan yang aku guna. hehehe agak agak apa dia pencuci muka yang aku guna tu? yela aku da rasa sebati dan sesuai dengan sabun pencuci muka yang aku pakai sekarang. Jengg!jengg! jenggg! tak semua sesuai bila pakai sabun ni. apa apa pun korang boleh la cuba dulu. Kalau tak bersesuaian boleh la stop serta merta.


Ha ni la sabun yang aku gunakan untuk muka, kadang bukan je muka. korang boleh sabun sekali mana mana celah korang. aku suka dengan sabun ni masalah kulit selesai. tak mahal dah sabun ni jimat lagi. tak perlu pencuci muka mahal! hehehe



Masalah kulit sensetif biasanya bayi. Jadi kalau ada adik sedara mara anak ke yang ada masalah aku recomendkan sabun hijau ni. Marine Essence. 1 ketul sabun hanya RM40. Kalau beli 1 kotak RM105 lagi jimat. setiap 3 bulan aku mesti restock 1 kotak. So 1 bulan cukup untuk pakai 1 bar Marine Essence.  Berminat nak cuba boleh whatsapp / telegram 0129300622. Ni jela sharing produk yang tip top aku leh kongsikan dan aku guna juga.

Saturday 25 March 2017

REGALIA KLCC RESIDENCE

BIRTHDAY CELEBRATION AND BIRTHDAY BACHELORTTE PARTY


Percutian dekat kali ni bersama kawan kawan uitm. hahaha memang la angan angan nak grand tapi murah! kenapa cari tempat ni? semata mata nak view KLCC je wei! aku pun turut je la kawan kawan nak menginap sini 1 malam RM 230 sahaja and deposit RM 200 for security!Package dalam bilik include air cond, tempat memasak, microwave paling senang kitaorg nak panaskan makanan nanti! streika baju pun ada, water heater pun boleh la hentam dalam bilik 24 hours aircond! kehkehkeh tempat lobby nak masuk je macam horror gila! hahahaha. lepastu sampai je check in nak masuk pukul 3.00 ptg tapi delay plak masuk pukul 3.30ptg almost nak asar la senang citer. sebab tunggu akak malar ni punya lama nak ambil kitaorg kat lobby bawak masuk dalam studio. 


ni lobby dia yang grand sikit. hehehe.





sampai je cepat cepat setup untuk mic karoke malam ni. Gegas sampai bilik je terus perform solat zohor dengan asar. settle je kami godek godek wifi dengan anroid tv dia. hehehe.



ni view dari bilik kitaorang.


Kolam kanak kanak bawah ni je. Kalau yang infinity pool tu pulak betul betul view bandaran sangat siap leh tengok KLCC kat situ.


Malam tu lepas je kami isyak, terus je makan hahah! sebab da kebulur wei. shell out simple kitaorg. diaorg diaorang yang masak. aku datang makan je kali ni. heheheh. rebusan sayur, sotong goreng gabungan tepung bestari ayam goreng dan paling wowww tu shell out versi ala ala kampung dengan siakap 3 rasa memang aummm by ikazamani yaw! hehehehe semua masakan dia memang tip top. dengar dengar baru ni dia buat sandwich sedap untuk dijual! boleh friend dgn dia kat fb ikazamaniyaw. hehehe




Last but not least, kitaorg banyak spend time kat bilik bersama. So malam tu memang decide nak begambar kat view KLCC semata mata. memandangkan semua malas bangun pagi nak mandi kat view ni. So kitaorg pun pergi malam je. Lagi pun kalau nak swim sini kena pakai set swimming suit. cotton tak dibenarkkan. sebab malam guard tak nak nampak kitaorg! apa lagi! hahaha kitaorg terjun jela masukk lantak pi nak kata apa. sekejap je kitaorg spend time kat sini. gambar gambar chow hahahaha! otw nak balik bilik ramai pulak lagi 1 family naik atas infinity pool ni hahahahaha nasib kitaorg pun turun sbb makin ramai pulak!


Boleh la kalau nak percutian budget spend time dgn kawan kawan lepak dalam bilik. Jangan sesat pula cari Regalia KLCC ni. Berhampiran Sunway Putra dan berhadapan je dengan PWTC! aku syak kalau ada Perhimpunan Agung UMNO boleh la ramai orang stay sini kot! hahahahaha


Sampai sini je la percutian aku buat tahun ni hahahaha. jumpa plak tahun depan punya percutian budget dengan kawan kawan. hehehe dengan tersayang tak tahu bila lagi. InsyaAllah tahun depan juga la. Doakan yang baik baik. Chow chow Assalammualaikum.

Wednesday 22 March 2017

Ketenangan



gambar perhiasan


" Hatimu akan selalu tenang saat engkau tahu bahawa pemberian Allah adalah sebenar-benar pemberian dan penahanya (atas sebuah pemberian juga termasuk pemberian)"


Allah lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNya. Ridholah terhadap takdir-Nya. Berprasangka baiklah kepada-Nya atas apa yang diputuskan untukmu. Dengan begitu hatimu akan merasa ketenangan dan kebahagian yang luar biasa...



Tuesday 21 March 2017

MENCINTAI PEMBERI NIKMAT




Ada kalanya kita harus mengalah kepada angin, biar kita dihempas dan kita tidak perlu memikirkan ke mana kita jatuh.

Ada kalanya kita harus mengalah kepada arus, biar kita mengalir ke tempat-tempat jauh yang tidak kita tahu.

Ada kalanya kita harus pasrah, mengikhlaskan sesuatu yang paling kita inginkan. Merelakan sesuatu yang paling kita sayang, untuk pergi.

Ada kalanya, hidup kita pun kita biarkan berjalan sendiri. Ada satu waktu dimana rasanya kita lelah, selepas usaha kita yang begitu meresahkan. Selepas kita berlari kencang, kita hanya boleh pasrah pada apa yang telah digariskan. Kita cukup percaya. Kita juga belajar mempercayakan hidup kita pada sebuah garis yang tidak pernah kita lihat di mana hujungnya.

Pada garis hidup yang telah ada sebelum kita ada. Pada sebuah ceriera di mana kita adalah pelakon utamanya. Hanya saja, kita tidak pernah  boleh membaca senarionya dengan baik. Kita akan belajar tentang berserah diri. dimulai dengan sebuah muhasabah diri, bahawa bentuk takdir yang kita temui, semua diciptakan dengan tujuan baik. Bila kita sanggup lulus dari setiap ujian itu, maka Tuhan akan menaikan darjat kita satu demi satu.

Bukankah untuk kuat, kita perlu diuji? Diuji sudah siap sediakah kita untuk kuat ke fasa yang lebih tinggi lagi dari hari ini??

Ketahuilah, bila kita diuji, dari situ kita diberi sesuatu yang lebih lagi bersama ujian itu ; kedewasaan, kematangan, kekuatan. Cari hikmah. Dalam kesulitan akan ada terselit kebahagian, dalam bahagia juga pasti ada sakitnya. Dan yang paling penting, setiap kali Allah ambil kembali hadiah yang Dia berikan, itu kerana kita leka, lalai, alpa. Hadiah itu seharusnya berada di dalam pegangan kita, bukannya menguasai hati.

Kita terlalu mencintai pemberian Allah itu, hinggakan kita lupa kepada pemberinya. Maka hanya dengan cara Allah mengambil kembali nikmat itu, kita akan dekat dan kembali mencintai pemberi Nikmat.

"Maka, tetaplah percaya bahawa sesungguhnya di setiap kesukaran akan disertai kemudahan". Janganlah bersedih wahai hati atas keinginan kita yang tidak wujud. Boleh jadi ada yang lebih baik atau inilah yang terbaik.




gambar hiasan

HENTI TANPA MEMILIKI



Terhenti tanpa memiliki 💌

Pada pertukaran perasaan yang tidak seimbang. Aku menaruh bimbang kalau meneruskan langkah bererti tambah perit pada luka lainnya dan kalau berhenti juga tidak menyembuhkan apa apa. Belum sempat memiliki, tapi hati ini seperti dipaksa berhenti menyangi, harapan sudah tercapai menara tertinggi, tapi terjatuh kerana tahu sudah ada yang memiliki.

Kornea mata seperti tercelik tertulis pada garisan segi tiga yang menyatuhkan aku dan kamu, tapi sebaliknya kami dan dia, aku akan memupuk rasa seakan mengerti, bahawa bahagian kosong dihati kamu sudah ada yang menduduki seakan mengerti tentang kenyantaan yang mengharuskan kita berada pada jalannya. Lalu aku memilih untuk mengerti.

Yang aku inginkan kebahagian seperti sepasang mata yang menyaksikan kalian bahagia, yang aku inginkan kepastian tentang perasaan yang seperti tidak ada hujungnya, yang aku inginkan sayang yang serdahana. Cukup serdahana hingga aku tidak perlu merasa kecewa dan hingga aku tahu rasa disayangi tanpa perlu meminta.

Apa bisa aku dapatkan apa yang aku inginkan? tidak bukan? jadi aku biarkan sahaja perasaan ini perlahan mengikut aliran tanpa terlihat sebagai satu kesalahan, kerana pada aku ini adalah "learning process" dalam kehidupan kita. Meskipun hati begitu menginginkan tapi aku batas batas yang tidak boleh kita lawan.

Aku sedang menunggu saat yang tepat untuk keluar garis tiga segi. Kamu dan dia, lalu saat itu nanti kamu buatlah garisan lurus agar dua sudut bersatu. Ya garisan lurus penemuan untuk kamu dan dia. Ketika itu bukan lagi tiga segi antara kita tetapi bulatan gabungan gabungan garisan kamu dan dia.

Berbahagialah dengan kebahagian kamu tanpa aku. terhenti tanpa memiliki, rasanya itu lebih baik, daripada memiliki.


Monolog hati


Friday 17 March 2017

UJIAN DASYAT TERHADAP IMAN









Ujian dasyat terhadap iman

Daripada Abu Hurairah r.a.
Bahawasannya Rasulullah saw.
Bersabda; "Besegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia".

Astagfirullah. wahai kuasa yang mengubah ubah hati, tetapkan hati kami dalam iman.

Friday 3 March 2017

PERCUTIAN BUDGET RM1200 4 HARI 3 MALAM BORACAY,PHILIPINES


Assalammualaikum, Selamat Pagi. Fuhhh bestnyaa teringat ingat lagi semua aktiviti. Masa sekarang la boleh buat aktiviti banyak banyakk. kang dah susah plak! hihi.

Percutian ni memang la seronok sangat korang kena pergi and experiance kay? malas nak citer panjang. aku share je la apa gambar gambar best menarik kat sana yee. hihih.

Masa perjalanan kami ke klia, kami park kereta di Putrajaya. Pastu transit ke KLIA 2. Murah je park 3 hari dalam RM26 ringgit je. Jadi tak de la susah susahkan siapa siapa. boleh tong tong dgn kawan minyak dan toll masa pergi dan balik.





Duit philipines hehehe. macam juta ria da tgk. hahahahah!


nak jimat kan night flight standby roti and biskut kalau kalau laparkan. tak de la mahal sangat kalau nak beli kat atas flight. hehe. cuba tengok bila atas kapal, tekanan tinggi. biskut roti saya pun comel mengelembong hihihih.

Alhamdulillah savety arrievd Kalibo International Airport!



Pantas cepat je pergi grab prepaid sim card sana untuk acess internet. syorkan korang kongsi je prepaid sim ni untuk internet and untuk contact tour guide aktiviti korang nanti! aku tak beli sebab dah ada wakil yang beli. Lepas settle immigration semua , korang keluar je da nampak booth orang orang sana jual simcard.

Dried manggo and banana chips famous tradisional snack kat Philipines, hehehe


Pangan ko sayo kami haahaha! dia la bawa kami ke Jetty.












Famous banana chips! memang sedap. tapi packaging yang ni manis sikit. kalau yang kuning jovy's tu kurang manis! your choice nak mana hihi. aku lagi suka kuning! harga pun murah sedikit dari yang hitam ni. Yang hitam ni harga dia 100 peso 200 gram.

Budget Penginapan, aktiviti, dan pengangkutan, jalan jalan cari makan sekali included!

1) Lolas Lodge - RM105 / person (6 orang 1 bilik dorm) 4 hari 3 malam berbaloi dan sangat dekat dengan D'mall and budget mart.

2) Package aktiviti kami - 5200 peso / person
-Parasailing
-helmet diving
-parawsailing
-zipline
-snorkeling
-island hoping
a)crocodile island
b)puka islang
c)magic cove island - kami tak pergi sebab orang yang bawa kami inform air kat sana ombak kuat dan bahaya sedikit untuk boat ke sana. Jadi, sebab kecewa tak dapat ke magic cove island, kami digantikan dgn aktiviti parawsailing untuk tengok sunset. hihi

3) Makan malam - 115 peso untuk 6 orang
Kami cari restaurant halal di tepi pantai
Makanan kami makanan biasa contoh air blend coklat, spagetthi, and portion pun jangan risau. besar juga. jadi kami share share je makan malam tu sebab da kebulur. hihi

4) Flight ticket kami ke Boracay hanya rm180 return. Kami dapat ticket promo dari Wak Travelz.

4) Transportation ke Boracay - 500 peso / person (pergi sahaja), balik pula kami ambil dari hotel Lolas Lodge untuk penghantaran pulang 475 peso / person.

Taxi jalan jalan di Boracay - 100 peso untuk 6 orang. Kira 1 taxi tu boleh fit 6 orang. jadi murah la boleh sumbat 6 orang dgn harga 100 peso sahaja! hehehe nampak je kecik tapi leh muat sampai 6 orang ooiii. kehkeh tak kesah la saiz acane pun. hihi.

5)Sourviner saya simpan 2000 peso untuk shopping! hihi kalau kuat shopping leh la bawak lebih. 2000 peso dah banyak juga! saya beli 2 t-shirt, makanan banana chips, manggo died, fridge magnet.





White beach, Boracay



Parasailing superbbb sangat sebab view dari atas cantikkknya Ya Allah! korang naik atas tu make sure bawak go pro yang ok sikit. aku pnya habis berkabus tak nampak permandangan cantikk! ermm nak nangissss







Masa helmet diving ni. Kami dapat 1 CD yang instructor ni ambil guna Go pro.








Manggo Shake - 100 peso / bottle. Serius sedap and kena cuba tau! kehkeh

Sweet corn 60 peso /each. Jagung rebus dijual tepi jalan. Dekat dengan hotel kami.



Nampak menarik crepe ni! tapi jangan dicoba tauu! TAK HALAL. ada je crepe yang halal korang boleh cari di station 3 muslim area.


 Coconut ice cream terasa kelapa dia betul betul pure and pekat gila. 1 cup harga 85 peso.



Zest Fruitshake ini banyak cawangan. kami cuba dua branch di jetty dan di talipapa! ok juga sedappp weii! hahaha repeat banyak kali pulak! hihihi




Parawsailing tengok sunset! happynya semua orang feeling feeling moana atas kapal layar tu. hihi lagi syok masa last kami pasang lagu dan nyanyi atas kapal layar ni hehehe. fuhh lagi feel. Indah betul ciptaan tuhan. cantik sangat pemandangan kat sini. Jadi bagi yang suka aktivti lasak leh la join semua aktiviti kat sini! boracay the best place kalau korang suka advanture! hehehe.




Zip line! memang dedor sebab first time kot naik feeling feeling macam superman. hihihi. aku dedor juga la jantungnya. da naik sekali best plak macam nak repeat lagi! jadi kena cuba tau kawan kawan!





EUROPE TRIP (PARIS,FRANCE - NAPOLI,ITALY - ROME,ITALY - LONDON,ENGLAND)

Itinerary Europe Trip 1st Day - 8 Sept 2018 (KUL - Abu Dhabi) 4pm -Bertolak dari Meru - KL Sentral - Transit Train - KLIA 6.30pm ...