Wednesday, 8 February 2017

FAMILY TRIP GOLD COAST, AUSTRALIA 2016




GOLD COAST, AUSTRALIA


Alhamdulilah ada kesempatan kali ni akhir tahun 2016 kami ke Gold Coast, Australia. Betul tak dinafikan memang barang mahal mahal tapi yang pasti kena pandai pilih la barang apa yang sesuai untuk kita beli kat sana.  Alhamdulilah sampai dan apartment kami betul betul menghadap view laut! terpegunn sangat lihat keindahan dan memang tak boleh move on! hehehe

1) Q1 Apartment

Kami tinggal di Q1 Buliding. Apartment ni memang selesa dan semuanya lengkap! Memandangkan currency Australia terlalu tinggi. Kami decide untuk shopping sedikit barang makanan di Superemarket dan masak di apartment lebih jimat!




2) Australian Outback Spectacular

Tempat menarik? Horse riding! apa yang best kat sini? kuda kuda menari kot! hahaha. sambil dinner sambil tu tgk show. Free topi cowboy makan pun ala ala style orang orang cowboy! pergh! memang syok kami enjoy dengan makanan dan performance haritu! 



Gambar gambar kuda semua kita tengok kat dalam ni



Ni dinner kitaorang masa kat sana. Menue style ala ala cowboy. curlass gitu! kehkeh. macam makanan kuda pun ye jugakk. kuikui



3) Sufer Paradise

Main beach dekat dengan apartment tempat wajib singgah siang malam. Alahai seronok picnic tepi pantai, jalan jalan tepi pantai. Nak chill relex nak feeling feeling mat salleh jemur badan pun tak de hal! hehehe ptg ptg memang ramai yang surfing. 


Tak leh move on la dgn pantai sini. ermm ermmm

Feeling feeling bejemur macam mat salleh pulak! hahaha konon konon nak tanned kan kulit.. hihihi

4)Warner Bros Movie World


First time ni main roller coaster yang gilaa! dedor wei jantung aku. sebelum ni pun pernah juga. tapi kita main kat Singapore. Theme park kat Movie World ni memang tip top the best! sampai kami rasa tak puas! nasib semua dapat main. kecewa sikit sebab tak sempat repeat je! hahahaaha.



 Sama je macam kat Genting Highlands, Pahang. sebijik macam Solero Shot. Nak repeat lagi wei! tapi yela mesti semua tengah tunggu Genting Highland, Pahang punya outdoor kan! heheheheh. Bukak je outdoor nanti mohhh la kita serbuuu ke sana! heheheh





5)Sea World Gold Coast





Siapa tahu binatang ni? Adik ada tanya aku. Kenapa nama dia dalam english dia dipanggil sea lion. Tapi dalam bahasa Melayu dikenal pasi sebagai anjing laut pulakkk. hewhew nak nangisss jawab apa woi? sahut la cabaran kalau bawak budak budak kat sini! 3matilanak hahahaha


 Pinguin berenang renang! kihkih. Sejuk tau air dia. Pinguin duduk dalam aircond. kita jalan jalan luar kepanasan ni. kuikuikui.

 Macam pinguu pingguuu je! and yes! ni first time tau kami family dapat tengok pinguin ni live depan mata. Sebelum ni kitaorang tengok dalam tv jer. now real! Sea World ni wajib pergi kalau korang bawak budak budak. Explore haiwan haiwan yang ada. Kanak kanak mesti suka! hihi. aku yang besar kedabak ni pun punya excited gila dapat tengok animals animals kat sini!..





wohohohohoho best ni coaster ni kami repeat dua kali! ada lagi satu jetski kami naikk memang dedor la nak tercabot jantung.


Penat penat jalan tengok haiwan tetiba ada la pulak show dolphin! banyak masa dan waktu kena follow up balik. Jangan ketinggalan masa show cepat cepat ambil tempat. paling penting jangan duduk tempat yang panas kena matahari wei. rentung kau nanti! kihkih




6)Currumbin Wildlife Sanctuary


ermmm ermmm koala ni memang comel! tapi nak tahu takk bau diaaa woiii menyengat! sampai adik pun tak nak pegang masa begambar! hahahahaa. steady je orang yang jaga dalam tu. Baby Koala ni memang manja. comel sangat! hehehe geram betul! dah macam baby baby je dukung dia masa begambar. Nak begambar bersama koala pun kena charge. Kakak pun offer ambil package family supaya semua org puas hati dapat begambar dgn koala. hihi. Checklist done! yeayyyyy!






Binatang ni paling famous kat Australia. So, wajib la datang tengok dengan mata sendiri punya real kangaro kat Australia ni. hihi. terkinja kinja kalau natang ni lari. koikoikoi.

Ok sampai sini dulu nanti sambung lagi! hahaha



Monday, 30 January 2017

KUBUR



FAIRY PARK, MERU


Tahu tak nama tempat ni? Filia jawapannya! HAHA. tempat ni sangat menarik tau! satu hari tu, kebetulan pula lalu Jalan Meru. Hahahaha! Masa tu saya dengan sahabat office saya bukan nama sebenar Ah Ros. Kami terus melulu masuk ke Fairy Park. Kami pun dah tak ada kerja masa tu. Saja saja nak masuk dan ambil tahu. Ah ros takut nak masuk ke dalam rumah abu yang disimpan. Kebetulan masa tu pula, TUTUP dah masa melawat ke rumah abu yang disimpan. Kami pun terus ke kawasan kubur cina yang paling atas. Masa jalan jalan kami terserempak di kawasan ni. Terkejut kami! kawasan ni cantik menarik! kami pun feefeeling berada di Hong Kong! Apa yang menarik air terjun bak kawan kawan saya kata seperti di syurga bagi mereka.

Apa yang kami dapati di kawasan ni ada tempat duduk untuk kami bersantai santai di tepi kolam. Jakun la sekejap. Sebab air dalam kolam ni bewarna hijau. Dalam kami terjumpa kura kura (tak ada gambar nak ambil) dalam gua pulak ada tempat sembahyang. Dalam gua pula, ada patung patung monyet. Kami lalu je depan gua. Ah Ros takut nak tengok patung. Jadi kami lalu je. Hihihi! Kemain lagi explore. Ada lagi satu tempat kami naik ke atas berdekatan air terjun, ada kuda atas tu. hihi kami pun begambar la sekejap. Tak lama lepas tu kami pun pulang.... Singgah la pula cendol depan Masjid Al Shariff, Meru. Lepas lepak lepak minum cendol Ah Ros pun hantar saya balik ke rumah...

Dah habis entry saya, tak banyak gambar kat Fairy Park ni. Lepas ni kemana mana saya pergi, saya ambil gambar banyak banyak ye. kehkehkeh.


Sincerly,
XOXO


Friday, 27 January 2017

Resepi Kebahagian


RESIPI KEBAHAGIAAN

RESEPI KEBAHAGIAN

Kalau kita ingin bahagia kita harus bawa Allah kedalam hati kita, karena melalui hati seluruh tubuh kita bergerak. Jika di hati ada kebesaran wanita maka tubuh kita akan kita arahkan geraknya menuju wanita tersebut. Jika di hati ada kebesaran perniagaan, kita akan bergerak menuju perniagaan.


Begitulah jika ada kebesaran Allah di hati maka seluruh anggota tubuh kita akan tergerak menuju Allah. Penting kita benarkan hati dan amal kita. Di hati ini tidak boleh ada selain Allah. Jangan sampai hati ini terkesan kepada selain Allah walaupun itu pada air ketika haus.
Jika di hati ini hanya ada Allah maka kita tidak akan tertarik untuk mencari yang selain Allah. Jika keyakinan sudah terbentuk maka seseorang siap melakukan apa saja untuk yang dia yakini."

Maulana Mustaqeem, Nizamuddin, 2001




Thursday, 26 January 2017

Vacation


Gold Coast, Australia



Kalau hati hendak senang dan tenang. Ingatlah Allah banyak banyak, lebih- lebih lagi mencintaiNya. Kalau nafsu hendak senang dan tenang, Cintailah apa yang dimurkai oleh Allah. Kalau hendak mata senang dan tenang, cintai dan lihatlah selalu bebiruan dan kehijauan dunia ini.

WOW! tak sabar rasanya nak Vacation lagi! bukan apa! hati kita tenteram dan puas bila dapat merasai, menikmati dan paling best mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga dan kawan kawan! yeayy! JOM Vacation! Jeng Jeng!

Salam Jumaat



Assalammualaikum. Good Morning Salam Jumaat. Semoga berada dalam keadaan sihat sihat dan yang paling penting bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah SWT. Insya Allah. Pada Jumaat yang mulia ni, Saya ada pulak teacher AH ROS tutorial blog free. kehkeh! sebab memang lama tak update blog dari dulu sampai la sekarang. Siapa yang sudi boleh la baca blog saya kali ni. hehehehe


Orang yang hatinya bahagia akan sentiasa mencari jalan membahagiakan orang lain. orang yang jiwanya derita akan gembira bila melihat orang lain bahagia.


Sebarkan kebaikan dan sayangi umat baginda SAW. Tidak perlu bermusuhan antara manusia apatah lagi sesama islam. Hentikan hidup menjadi mata lalat, yang hanya focus mencari tahi dan najis untuk dihinggapi, Jadi la seperti lebah, yang focus pada madu mencari kebaikan dan manfaat di dalam setiap sesuatu dan kemudian sebarkan seluruh alam. Wallahu A'lam. 

EUROPE TRIP (PARIS,FRANCE - NAPOLI,ITALY - ROME,ITALY - LONDON,ENGLAND)

Itinerary Europe Trip 1st Day - 8 Sept 2018 (KUL - Abu Dhabi) 4pm -Bertolak dari Meru - KL Sentral - Transit Train - KLIA 6.30pm ...