Saturday, 29 July 2017

TEMPAT HIKING MENARIK DI PAHANG, KUANTAN (BUKIT PANORAMA)


TRIP KUANTAN,PAHANG - BUKIT PANORAMA - AIR TERJUN PELANGI


Hi! Assalammuualaikum blogger semua! lama kan tak update blog dan makin lama makin menyepi je. banyak kerja lain yang kena selesaikan! hahahaha. baru baru je habis raya memang la kelaut sikit. busy sok jual tudung lagi! quality baik insyaAllah orang repeat order lagi! nak tahu tudung apa kan! nanti Ca update la kat blog.


First time trip ke Kuantan! mula mula agak jelouse ada member yang da sampai dulu Bukit Panorama, Kuantan tu! then tetiba la pula Cik Yoi nak kesana naik sekali lagi Bukit Panorama! hahaha aku apa lagi? ambil chance la nak pergi kali ni! budget aku kesana pun tak banyak sebab ada kawan yang baik hati jadi tour guide kami. Tinggal bermalam pula kat rumah sewa Kak Azie. Thank you so much Kak Azie for the treat! will definitely treat you again for the next activity! ceh tetiba kata kata khas untuk Kak Azie nak speaking Mat Solleh! kiki. 









Tiket kami ke Kuantan pergi balik hanya RM53 sahaja! sampai je Terminal Bas Kuantan Kak Azie ambil kita orang makan ke . Tempat makan ala ala hipster! orang kata nama kedai ni kalau translate dalam bahasa pahang zaman zaman dulu! hahaha kitaorang pun baru tahu! tapi ye memang kedai ni rare. Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) pun pernah sampai ke sini. Dah habis lepak makan borak borak Kak Azie, Cik Yoi, Kitaorang pun balik la ke rumah. Sampai saje ke rumah, kami siap siapkan pakaian untuk hiking ke Bukit Panorama esok paginya! wahhh! memang excited gila nak hiking besokk paginya!!!! HAHAHA aku paling excited sebab like finally!! dapat la juga nak merasa ke hiking ke Bukit Panorama yang macam lukisan awan awan biru! aku pulak jenis tak boleh tengok benda putih kepal kepal macam ni sebab suka gila!!! HAHAHA tak sabar pula rasanya nak ke next trip yang lebih jauh musim sejuk nanti. HEHEH nak tahu next trip? tunggu la dulu nanti aku update lagi!

Sabtu, 29 July 2017

Assalam! selamat pagi Kuantan, Pahang!!! Pagi npagi da bangun untuk bersiap ke Bukit Panorama! guess what? pukul 4 pagi kitaorang da bangun bersiap siap nak ke Bukit Panorama. 4.30 pagi kami keluar dari rumah dan lepas je Solat di Masjid area ke Bukit Panorama tu (takingat pula nama Masjid situ) lepas je subuh pagi tu, kami terus shoot naik ke atas ! tak sabar nak menikmati view cantik kat atas tu weiiiiii!! SYOK GILA!!! Korang boleh la tengok view ni sendiri depan mata korang!  mesti wajib repeat lagi untuk ke sini! hehehe. InsyaAllah ada rezeki mesti aku sampai lagi! pertama kali kesini, kitaorang tak dapat tengok bebola merah sunrise sebab malam tu dah hujan. Jadi bebola merah tak berapa nampak untuk muncul pagi tu. apa apa pun view dia tetap TIP TOP! aku suka sangat!












Lepas je hiking pagi tu, not so hiking la sebab ada tangga je! HAHA Hiking before ni kat Broga, Semenyih memang feel sikit la macam hiking. Bukit Panorama ni ok la so so sebab ada tangga boleh la berhenti rehat kat tangga santai santai bagi yang penat. Jalan pun senang tak ada berliku liku pun. boleh ikut je naik tangga, kitaorang ada tour guide so ikut jela!! lagi pun kalau pergi sana ramai je orang korang boleh nampak nanti. tak perlu tour guide pun tak apa. MasyaAllah pemandangan kat Bukit Panorama tak boleh descibe sebab cantik la cipataanNya. HAAA! lepas hiking tu masing masing kebulur sebenarnyaa! nasib baik lepas je sampai Kuantan tu hari, kitaorang singgah Petronas beli roti. Makan la sikit roti masa sampai kat atas dan turun bukit pun lapar juga! HAHAHA alas perut dengan roti je. Turn sahaja dari Bukit Panorama, masa on the way jalan nak balik tu kami pusing pusing naik kereta pergi ke Sungai Lembing, singgah sekejap main main air kat sini dan bergambar. HAHA ramai je yang picnic berbbq tepi Sungai.





Kami pergi breakfast (BF) kat kedai Zaman, Kami makan nasi lemak "Kedai ni famous, cuba google" kata Kak Azie. HAHAHA kitaorang pun google la. Kedai ni style dia macam kedai zaman zaman dulu. Aku lak pagi tu balun 2 bungkus nasi lemak dgn ayam goreng air Teh ais. Tu menu makan pagi! tengok la sampai ke petang aku kenyang dengan nasi lemak! pagi breakfast ni Kak Azie belanja makan. Alhamdulillah terima kasih Kak Azie. 



Balik je rumah mandi dan siap terbaring nak rehatkan diri dan tido pun, masih terbayang bayang lagi dalam ingatan pemandangan kat Bukit Panorama tu. EXCITED sangat! Kami pun rehat kan diri sekejap sebelum Zohor. Selepas je solat Zohor kami pun pergi ke Pantai Batu Hitam, di Pantai Batu Hitam aku makan ABC, sambil menikmati pemandangan katanya! HEHEHE. Lepas je Jalan Jalan ke Pantai Batu Hitam, kitaorang pun ke Pantai Baluk kat sini sibuk bergambar juga. saje jalan jalan pantai ambil angin pantai. sampai je Klang asyik keluar angin je! HAHAH nampaknya kena rajin keluar ambil angin lagi nanti.. HEHEHE. Dah selesai singgah ke Pantai Baluk, Kak Azie nak puaskan hati kitaorang lagi kami pergi pula ke Bandar KUANTAN semata mata nak cari sign board viral KUANTAN. HEHEHE. sampai je sini kami bergambar cuci cuci mata lagi. seharian dah jalan sampai ke petang, kitaorang terus booked nak tgk movie kat GSC. Sebelum pergi tengok movie malam tu kitaorng merasa burger terbaru MCD (Burger Hitam Legam a.k.a Burger Korea Spicy) Kami booked cerita the doll 2 ! Cerita horror kata Cik Yoi! hahaha! Memang terkejut seram juga la ! ini semua gara gara Kak Azie menjerit! aku pun terikut sekali menjerit! HAHAHA. Cik Yoi pula kaki kantoikan kitaorang nak bagitahu satu pawagam kitaorang yang jerit! HAHAHA macam nak sekeh je kepala dieee! ^_^ 









Habis da bertelemovie seram kami pun pulang balik, masa nak balik cari car park pun macam SERAM! sebab car park tu kitaorg je yg jauh sikit dari GSC. Nak berjalan pergi parking kereta pun takut takut hahahahahahaah! Perjalanan balik jam 12- 1 malam. Kami sampai ke rumah pukul 2 pagi dan terus tidur untuk keesokkan paginyaaa! Aktiviti hari pertama kami selesai malam tu! hehehe


Ahad, 30 Julai 2017

Selamat pagi!!!! pagi pagi lagi pkul 5 da siap siap untuk ke Air terjun Pelangi! macam biasa kami singgah ke Masjid yang sama untuk menunaikan solat subuh sebelum memulakan aktiviti. Untuk naik ke Air Terjun Pelangi, kami gunakkan tour guide yang bawa kami ke atas sana. Kami naik 4x4 wheel drive car. Duduk atas hilux ramai ramai masa nak naik ke atas.



Apa yang menarik Air Terjun Pelangi ni? Ya! Perjalanan agak jauh! untuk naik ke atas je kami perlukan 1 jam lebih untuk ke trek hiking sebelum naik ke Air Terjun Pelangi tu! FUHHH PENAT! Paling penat la hiking lagi naik ke Air Terjun Pelangi ni! Tapi alhamdulillah aku stedy lagi la! HAHAHA. Paling syok sekali tu naik 4x4. Excited dia lain macam. memang macam kerusi urut duduk atas hilux ni. Seronok angin kena kat muka dok tergolek sana sini aku maintain siap boleh tertido dalam hilux hahahaaha sementara tunggu perjalanan nak naik atas Air Terjun Pelangi tu haaaaa. TUNGGGUUU AKU SHARE GAMBAR YEE!!















haaa tu je la Air Terjun Pelangi dia! HAHAHA masa aku datang sini air talk berapa nak banyak! so pelangi pendek je. Nasib ada sesetengah orang dapat tengok full pelangi sebab air banyak turun dari atas. nak tau kejadian pelangi?? cuba search google macam mana berlakunya pelangi! boleh buat kat rumah sendiri HAHAH macam aku buat dulu rajin bebenor cuci kereta sambil tengok pelangi. Kali ni nak feel background view cantik belakang pelangi, tapi hampeh tak de rezeki pulok. Keseluruhan ok la sebab aku dapat merasa pergi ke Kuantan! hehehehe. Habis je hiking ke Air Terjun Pelangi, Kitaorng pun terus balik ke rumah untuk solat zohor, berehat dan terus siap siap untuk ke Pantai Chempedak dan Bandar Kuantan sebelum balik ke rumah. Kak Azie habiskan mission kitaorang untuk serve boikkk punya aktiviti full sebelum balik. Al Maklumla tunaikan hasrat adik kesayang gittu hikhikhikhik!!! Singgah Pantai Chempedak pulak dah kami pergi makan tengahari di Loteng, Selepas makan tu singgah la sekali Pantaio Chemedak tu dekat je haaaa!!



sedap pulak mengepau air kakak kesayangan. HEHEHEHE



Lunch kitaorang hari last kat Kuantan!!



Sempat last posing sebelum balik la citer dia takut takut terlupa suasana kat sini! hehehe



dahhh habis selesai pusing pusing pantai Kak Azie pun standby dah nak hantar kitaorang balik ke Terminal Bas Kuantan. Masa tu sedih pulak. tapi tak apa sabar je la next time jumpa Kak Azie lagi InsyaAllah dipanjangkan umur jumpa lagi! Terima Kasih sangat pada Kak Azie dan Cik Yoi! hehehe Yela jaga adik kesayangan ni betul betul dan tunaikan permintaan nak jalan jalan round kat Kuantan! ini la jadinyaaa. KEHKEH. Semua aktiviti pun kami buat bersamaaaaa! THANK YOUUUU SO MUCHHHHHH!! MUAHHH MUAHHHH!! XOXO

Jumpa lagi next entryyyyyy! Insya Allah. Janji happy Jomblo Happyyyyyy!!!

Tuesday, 2 May 2017

MASAK LEMAK KETAM CILI API TAK PEDAS



Masak lemak ketam first time masak lemak untuk office mates kesayangan! XOXOXO. Nak tahu resepinyaa? nanti saya google saya update ye. HAHAHA. tapi saya buat memang google je. cuma rasa tak sama je dengan masakan orang google tu. air tangan setiap orang kan berbeza. HAHA Jadi haruslah kita bersyukur ye. Allah maha mengasihani maha penyang. Yang da pro tu jangan kedekut ilmu didik adik adik macam saya ni. HAHA nak masak tapi tak power pulek! jadi blog ni suka suka mana yang aku masak tu menjadi atau tak jadi. hehehe. Mana tahu lepas ni tetiber jadi chef plak kan! hahaha mana tahuuuu! kehkeh.

Nah langkah mudah korang senang faham la

1) 3 ekor ketam belah kepada 2. kecil kecil je ketam aku tak cukup khasiat agaknya hahaha.

2) 5 biji cili api dan bawang 2 biji besar blend bersama air kuning kunyit tu. heehhe. kunyit hidup letak sikit je nak kasi pure. (kurangkan sikit air sebab nak masuk perahan air santan pekat pula)

3) Perah santan pekat pekat. aku beli santan sebab rajin kan ! hahaha akak dok perah sampai ler pekat. tak pekat pun akhirnya. huhu sedihh. hahaha. 

4) Masak air kuning tu rebus kentang kegemaran aku sampai empuk dan jangan lupa serai tambah wangi korang punya masak lomak. hehehe. dah settle mendidih kentang dah empuukkk sedapp je aku asingkan kentang. tkot hancur la kalau da bercampurkan dengan ketam. hehehe

5) Masukkan ketam sampai la masak. dah pastu jangan lupa lak garam dalam masak lomak kang tawar pulak! heheehe. apa apa aku masak mesti kurang masin, tapi ni bukan makanan hospital ye. HAHA. 

6) Dah siap secukup rasa sepedas yag diinginkan baru la aku masukkan kentang kacau sikit jangan sampai kentang hancur. tak cantik pulak nanti. hehehe.

HASILNYAAA???






TADA FRESH FROM KUALI OLD SCHOOL DAPUR SENGET. HEHEHE
#dapurcha #bynatasha XOXO

Itu je dari aku. sabar tunggu next resepi aku update ye lepas main masak masak nanti dengan akak akak comel. heheehehehe. Bye Bye Byee.. Assalam doakan saya jadi chef hebat satu hari nanti. Amminnn Aminnn

JANGAN GELAK! RESEPI SIMPLE YET DELICIOUS. HAHA

Harini saje je nak share masakan simple lagi malas dari aku. nak tahu apa ikan bakar kembung comel comel, carrot rebus, timun makan begitu sahaja dan kuah asam power resepi dari kakak comey comey. hehehee. kuah asam ni memang power adik adik suka sampai menangis makan! hehehehe. nak tgk hasilnya? nanti duluuuuu!!! HAHA

Resepi Kuah Asam

Langkah pertama.

1) Sediakan Kuah Asam rendam dengan air masak siap siap dahulu dan masukkan garam dan gula. (agak agak kepekatan kuah asam yang korang suka) so simple kannn! hehehehe
2) Bawang 1 biji potong potong.
3) Cili aku guna 10 biji cili merah.
4) Belacan potong sikit


Masukkan ke semua bahan tu ke dalam blender dan blend. siap!!

Langkah kedua.

1) 2 biji bawang potong dadu kecil kecil
2) ambil 5 biji cili potong kecil kecil.
3) campurkan senua yang sudah blend tadi ke dalam bahan 1 dan 2. SIAPPPP!!! kehkeh!

Ikan bakar ni senang je, iolls pakai vantage je nak membakar. hehehe. ambil daun pisang letakkan dalam vantage kalau nak lagi sedap. wangi! siap siap la siang ikan ye sebelum nak bakar tu. dah siap bakar ikan iollss goreng la telur takut adik beradik makan tak cukup. last sekali tambah sikit warna hijau macam timun tomato. hehehe.


Lauk hari pertama licin ok kali ni. dinner simple bynatasha XOXOXO

Tadaaaa! ni la hasil sekian lama adik beradik rindu masakan kkak kesayangan. HAHA! Pembantu tak de kat rumah kita rajin la sikit nak masak!  hehehe.

Next day apa plak nak masak? hari kedua pembantu rumah tak ada kat rumah! HAHAHA So simpleee uishh uishhh. kuah asam pedas semalam akak recycle balik guna. HAHA. akak tambah sikit kekuningan warna pada juadah makan hari kedua.


1) Sotong Bakar. siang la sotong kecil kecil tu lemau la akak dok siang buang dakwat buang mata shotonggg. hahah. dapat beberapa ketul jela. Time bakar sotong ni keluarkan semua air dan jadi gemok bulat bulat pulak! hahaha comel.

2) Rebus la pulak carrot dengan kentang kegemaran aku. ada lebih timun semalam apa lagi habiskan jela sekali semuanya. tak lama lepas tu ada extra pulak keropok dari ganu! saya goreng makan dgn nasi. agak kering la. nak buat sup sup malas pulak. hahaha! jadi hasilnya begini jela untuk hari kedua. hahahaha. #Janganmengata #feelingfeelingretis


TADAAAA! Hari kedua tanpa mu Makcik Era. hehehe

HAHAHA. itu je dari saya! nanti kita share resepi lain pulak ye. tunggu akak main masak masak pulak kat rumah! heheehehe. Korang pun boleh cuba okay! hehehe. Assalammualaikummm...


Friday, 28 April 2017

MIN KAFFE KOPI GARAM BULUH NO 1

Assalammualaikum selamat pagi! harini saya nak cerita sedikit kopi kesihatan dari garam buluh. Apa yang special sangat pasal kopi Min Kaffe ni kan? Dah ada kat beberapa negara contohnya di Indonesia, Brunei dan Singapore.


Min Kaffe adalah minuman paling "trending" di Malaysia. 

Kalau masih ada yang tak tau lagi kenapa ramai sangat tergilakan min kaffe ni? bagi yang belum cuba korang kena tahu apa ingeredient yang ada dalam kopi ni. Selain rasanya yang sedap, Min Kaffe juga dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan seperti ;

- Menurunkan tekanan darah tinggi
-Kencing manis
-Gastrik
-Masalah berat badan
-Migrain
-Mengantuk
-Letih dan lesu
-Kurang tumpuan
-Perut buncit
-Stress
-Asthma
-Sakit kepala
-Menstabilkan HB darah
-Menambahkan pengeluaran susu badan (sangat sesuai bagi ibu yang menyusukan anak gemar kopi)
-Menghilangkan loya morning sickness

satu kotak ada 20 sachets, 1 box harga RM 33 sahaja. Berminat boleh direct pm 0129300622





Tuesday, 25 April 2017

TRIP KL - ARAU - SATUN, THAILAND - PAK BARA, THAILAND - KOH LIPE RM920 ONLY!

TRIP KL - ARAU - SATUN, THAILAND - PAK BARA, THAILAND - KOH LIPE


Perjalanan kami menggunakan train ETS dari KL ke Arau, Perlis MYR 73. Dari rumah kami naik grab car je pagi tu. Seorang MYR 25! mahal kan! sebab grab car tu tak ada duit kecil kami halalkan je la. Sebab tak nak susahkan orang hantar pagi tu kan.


Cafe dalam ETS, Rate makanan agak mahal.

Toilet macam dalam flight sekarang 

Macam macam makanan ada dalam train ni haa. pilih je. hihi


Sampai je ke KTM Arau, ada orang yang ambil kami untuk masuk ke Thailand melalui Perlis. Dari Arau, supir bawa kami masuk ke Wang Kelian dan kami singgah Pejabat Travel ni sebelum masuk ke Thailand untuk beli Insurance Thailand dan kebenaran supir kami masuk ke Thailand untuk hantar kami ke Pak Bara.




Ini pejabat yang kami pergi sebelum masuk ke Thailand


Perjalanan bermula dari Wang Kelian dan Kami masuk terus ke Satun. Sampai je Satun kami kena melepas immigration ni.


gambar dalam kereta. hihi


beratur ketika nak masuk. sediakan MYR 2 sahaja tau! kalau korang kasi lebih nanti kira halai la sebagai tips diaorng. kehkeh. lepas tu supir terus hantar lagi bawa masuk ke Pak Bara. Supir yang kami bayar ni MYR 75 per head.



Ini dia agent jual tiket kami dari Pak Bara untuk masuk ke Koh Lipe, Thailand

Terminal berdekatan dengan Travel agent yang jual ticket boat kami.

  nak masuk terminal je kami da start bayar pakai duit baht. kena dah 20 baht seorang masuk terminal ni. Kira macam MYR 3 seorang.


Ini pass untuk boat pergi ke Koh Lipe, Thailanf. Harga one way Ticket Boat kami dapat 550 baht seorang dalam MYR 71 one way.


wehoooo sampai dah kami ke Koh Lipee!!





Kami tinggal di Lipe Village. Ok la not bad seorang MYR 230 seorang untuk 2 malam.


Hotel kami berdekatan dengan Masjid Al- Marhamah, Koh Lipe, Thailand.
1 minute walk je wei dari Lipe Village. Hehehe! Ni yang best senang nak ke Masjid. Jangan lupa singgah sini ya! 








Hihi! Malam tu kami makan besar! sebab apa? sebab dari pagi tak jumpa nasi kan! jadi kebulur gila la rasa! sedih betul! kami makan 3 lauk untuk 2 orang okay sangat dah kenyang! semua total 770 baht. kami bahagi 2 orang jadi hanya 385 baht seorang. Kalau duit Malaysia pulak dalam MYR 50 la satu malam makan besar tu! Mahal juga la rasanya makan kat pulau ni ! HAHAHA. Kami makan besar la sebab nak reward penat perjalan kami yang agak jauh! so aku prefer perjalanan pertama aku ke Koh Lipe! Well this is new experiance for me! nak tahu makanan apa je yang kitaorg makan berdua? aku update nanti semua makanan apa yg kitaorang makan untuk hari seterusnya pulak! hehehehe.


Lepas makan kami sempat jalan jalan dan cari package untuk keesokkan harinya! hehehe. Kami pilih Star Travel! package yang sama dengan yang aku pergi haritu. Senang! Malas da pikir mana tempat. Rate dia lebih kurang sama je semua. Jadi korang pandai pandai la pilih mana the best! aku ambil yang ni sebab muslim package. Makanan untuk aktiviti nanti confirm confirm HALAL dan tak risau dah! hehehhe.


Start perjalanan pagi untuk ke pulau pulau! semua pulau cantik la! island of Maldives! Fuhhh! nak kata kali kedua tak best tak boleh juga! aku enjoy sangat. dari Package A yang aku ambil dulu dan sambung plak ambil Package B untuk try expeiance tempat lain kedua duanya best! so kalau korg decide nak pergi sekali je Koh Lipe buat la plan lama sikit kat sini untuk try semua package dia! harga pun lebih kurang sama dan mana tahu leh dapat murah lagi ke? kena pandai tawar menawar. lagi lagi kalau korang pergi in group! hehehehe.




sebelum gerak untuk snorkeling tu pagi pagi lagi kitaorg da singgah Art Beach Club ni untuk ambil gambar. sebab pemandangan kat sini cantik exclusive sikit. hehhe.


Asyik menikmati pemandangan ciptaan Allah SWT.


 Snorkeling time! wehooooo!


feeding the fish! tak boleh feed pun ikan kat sini! tapi peduli apa? kali ni aku bawak roti la untuk ikan ikan kat sini hahahaah! sabab kitarong da bayar kot 200 baht!! HAHAHA Tak Jahat mana pun kitaorg cuma bagi ikan makan suka suka je.


Memang tak boleh move on dengan laut biru macam ni. Heheh


Tempat Favourite saya kali ni ke Koh Lipe! Sayang... tukang boat berhenti kat sini sekejap je hanya untuk bergambar.


Pulau pulau semua pualau kat sini memang best la terbaikkk! hehehe lupa lak package B yang kita ambil ni 850 baht termasuk lunch dan gambar mengunakan go pro masuk ke dalam air. Kira package ni MYR 109 kalau dalam Malaysia.


sampai je Koh Roy ni nampak tak tu? orang yang posing tu tunggu kami bayar untuk nasional park! ingat kali ni tak tertangap! hahaha sebab last time p ambil package A tu tak de orang pun check ticket Nasional Park. Nak tgk rupa ticket tu tgk previous blog aku la senang ada gambar. hehehe. untuk tiket ni kami bayar 200 baht untuk seorang. kira kira MYR 26


sambil menikmati pemandangan kitaorg makan lunch dulu atas batu. licin habis sebab penat dan kebulur kan! ada lagi dua tempat pit stop free yang diaorg bagi untuk snorkeling di Jabang dan last sekali ke Black Stone. Koh Hin Ngam tak silap aku nama dia!





Black Stone. Berjaya la susun 10 batu. hihi


Fresh watermellon masa balik ke Koh Lipe. dalam boat makan buah buahan sedappnyaaa. hihihi



Roti Mina

Antara restaurant HALAL di Koh Lipe. Banyak sebenarnya restaurant islam kat sini korang boleh explore. k. bawah ni semua gambar gambar makanan kami hari kedua.









Total semua makan hari kedua 380 baht. kami bahagi dua seorang 190 baht. Kira kira seorang MYR 25 la. Kami share je sebab nak cut cost kan! hihi!

Hari ketiga kami da siap siap untuk berangkat balik. Balik kami naik boat dari Bundahaya. senang beli tiket terus di Lipe Village mereka yang uruskan tiket boat kami. Perjalanan dari Koh Lipe nak naik ferry je da kabut! sebab memang susah nak check in barang barang semua orang kat lautkan! ambil masa lama menunggu! so standby jela experiance benda ni semua. HAHAHA. Naik je ferry aku rasa da pening pening lalat nak muntah. Nasib ada member baik hati urut urut sikit kepala aku masa dalam ferry haritu. TING TONG DA WEI AKU! TROS TIDO JE SEMASA PERJALANAN BALIK DARI KOH LIPE KE LANGKAWI. Sampai je dia Kuah, Langkawi. Kami ambil grab car ke Airport Langkawi MYR 12 seorang untuk terbang balik ke KLIA dan harga flight tiket kami murah masa ni MYR 98 (Malindo Airline) Jadi la sebab da last minute plan kan nak ke Koh Lipe, Thailand. Semua da penat dan lapar gila! hahahaha. Sampai je KLIA kakak saya plak baik hati sponsor uber sebab malas nak ambil katanya! hahahaa. punya panjang borak kan! bagi yang malas view aku bebel banyak sangat ni leh la tgk summary budget. Kalau tak faham boleh tanya. So conclusion dari mana better nak p masuk ke KOH LIPE? aku pilih BOAT dari LANGKAWI ke KOH LIPE senang! tak perlu pening boleh je beli sekali return tiket boat dan return tiket flight! hehehe lebih kurang sama je. jadi pandai pandai la korang cut cost bahagian transportation tu ye! you guys can do it! heheehhe.





SUMMARY BUDGET

TRIP KL - ARAU - SATUN, THAILAND - PAK BARA, THAILAND - KOH LIPE, THAILAND


TRANSPORTATION
SEHALA

1) Grab car dari Meru ke KL sentral (MYR 25)
2) ETS KL sentral - ETS ARAU (MYR 73)
3) ARAU - PAK BARA - Supir yang bawa kami masuk ke Thailand naiki kereta (MYR 75/ head) 
4) PAK BARA - KOH LIPE menaiki boat Poly Siam (MYR 71/ head bayar 550 Thai Baht)
5) Entrance Fee Terminal (MYR 3/ head bayar 20 Thai Baht)

Total pergi : MYR 247

BALIK

1) Koh lipe - Kuah, Langkawi (MYR 116 bayar 900 Thai Baht)
2) Grab car dari Kuah,Langkawi - Airport Langkawi (MYR 12/ head)
3) Flight ticket (MYR 98)

Total balik : MYR 226

TOTAL TRANSPORTATION PERGI BALIK : MYR 473

PENGINAPAN HOTEL

Lipe Village (3H/2M)
MYR 460/2

TOTAL PENGINAPAN SEORANG : MYR 230


AKTIVITI

Package Snorkeling
650 Baht Package include Lunch + 200 baht

TOTAL : 850 Baht (MYR 109)

MAKAN

Makan (DAY 1)

1) 770 baht / 2

- Nasi putih
-Tomyam seafood
-Steam squid
-Beef Garlic
-Coke drinks

seorang 385 baht

Makan (DAY 2)

2)380 baht / 2

- Nutella Pancake
-Coconut shake 
-Mango sticky rice
-Oyster Balls
-Coconut Ice cream
-Mango Shake

seorang 190 baht

TOTAL MAKAN : MYR 74 seorang

TELECOMUNICATION

Thailand Sim Card : MYR  26 - 200 baht


TOTAL BUDGET : MYR 912 (seorang)



Tu je sekian, terima kasih. hehe 








EUROPE TRIP (PARIS,FRANCE - NAPOLI,ITALY - ROME,ITALY - LONDON,ENGLAND)

Itinerary Europe Trip 1st Day - 8 Sept 2018 (KUL - Abu Dhabi) 4pm -Bertolak dari Meru - KL Sentral - Transit Train - KLIA 6.30pm ...