Saturday 25 March 2017

REGALIA KLCC RESIDENCE

BIRTHDAY CELEBRATION AND BIRTHDAY BACHELORTTE PARTY


Percutian dekat kali ni bersama kawan kawan uitm. hahaha memang la angan angan nak grand tapi murah! kenapa cari tempat ni? semata mata nak view KLCC je wei! aku pun turut je la kawan kawan nak menginap sini 1 malam RM 230 sahaja and deposit RM 200 for security!Package dalam bilik include air cond, tempat memasak, microwave paling senang kitaorg nak panaskan makanan nanti! streika baju pun ada, water heater pun boleh la hentam dalam bilik 24 hours aircond! kehkehkeh tempat lobby nak masuk je macam horror gila! hahahaha. lepastu sampai je check in nak masuk pukul 3.00 ptg tapi delay plak masuk pukul 3.30ptg almost nak asar la senang citer. sebab tunggu akak malar ni punya lama nak ambil kitaorg kat lobby bawak masuk dalam studio. 


ni lobby dia yang grand sikit. hehehe.





sampai je cepat cepat setup untuk mic karoke malam ni. Gegas sampai bilik je terus perform solat zohor dengan asar. settle je kami godek godek wifi dengan anroid tv dia. hehehe.



ni view dari bilik kitaorang.


Kolam kanak kanak bawah ni je. Kalau yang infinity pool tu pulak betul betul view bandaran sangat siap leh tengok KLCC kat situ.


Malam tu lepas je kami isyak, terus je makan hahah! sebab da kebulur wei. shell out simple kitaorg. diaorg diaorang yang masak. aku datang makan je kali ni. heheheh. rebusan sayur, sotong goreng gabungan tepung bestari ayam goreng dan paling wowww tu shell out versi ala ala kampung dengan siakap 3 rasa memang aummm by ikazamani yaw! hehehehe semua masakan dia memang tip top. dengar dengar baru ni dia buat sandwich sedap untuk dijual! boleh friend dgn dia kat fb ikazamaniyaw. hehehe




Last but not least, kitaorg banyak spend time kat bilik bersama. So malam tu memang decide nak begambar kat view KLCC semata mata. memandangkan semua malas bangun pagi nak mandi kat view ni. So kitaorg pun pergi malam je. Lagi pun kalau nak swim sini kena pakai set swimming suit. cotton tak dibenarkkan. sebab malam guard tak nak nampak kitaorg! apa lagi! hahaha kitaorg terjun jela masukk lantak pi nak kata apa. sekejap je kitaorg spend time kat sini. gambar gambar chow hahahaha! otw nak balik bilik ramai pulak lagi 1 family naik atas infinity pool ni hahahahaha nasib kitaorg pun turun sbb makin ramai pulak!


Boleh la kalau nak percutian budget spend time dgn kawan kawan lepak dalam bilik. Jangan sesat pula cari Regalia KLCC ni. Berhampiran Sunway Putra dan berhadapan je dengan PWTC! aku syak kalau ada Perhimpunan Agung UMNO boleh la ramai orang stay sini kot! hahahahaha


Sampai sini je la percutian aku buat tahun ni hahahaha. jumpa plak tahun depan punya percutian budget dengan kawan kawan. hehehe dengan tersayang tak tahu bila lagi. InsyaAllah tahun depan juga la. Doakan yang baik baik. Chow chow Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment

EUROPE TRIP (PARIS,FRANCE - NAPOLI,ITALY - ROME,ITALY - LONDON,ENGLAND)

Itinerary Europe Trip 1st Day - 8 Sept 2018 (KUL - Abu Dhabi) 4pm -Bertolak dari Meru - KL Sentral - Transit Train - KLIA 6.30pm ...